Hrithik Roshan ganti Ranveer Singh dalam Don 3?

19 hours ago 6
PELAKON Hrithik Roshan disebut-sebut sebagai bintang yang bakal menggantikan tempat Ranveer dalam filem Don 3.
  • Oleh HELMI ANUAR
  • 10 Januari 2026, 11:00 am

SEJAK mengumumkan menarik diri daripada filem Don 3, ramai peminat tertanya-tanya siapa pelakon yang akan menggantikan posisi Ranveer Singh sebagai watak utama. Pelbagai nama mula diperkatakan untuk menggalas tanggungjawab melakonkan watak ikonik itu.

Namun khabar yang semakin bertiup kencang mengatakan aktor kacak, Hrithik Roshan memiliki peluang paling cerah untuk menggalas watak Don.

Selain mempunyai hubungan baik dengan pengarah filem itu iaitu Farhan Akhtar, Hrithik juga pernah muncul sebagai penampilan khas dalam filem Don 2 pada tahun 2011. Selain Ranveer, dua lagi pelakon asal filem tersebut turut menarik diri iaitu Kiara Advani dan Vikrant Massey.

Read Entire Article
Pertanian | | | |