Haroqs sekali lagi ditahan Israel di Zon Merah 2

15 hours ago 8
Antara aktivis rakyat Malaysia yang baru ditahan rejim Israel.
  • Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
  • 19 Mei 2026, 8:46 pm

SEPANG- Tiga rakyat Malaysia dilaporkan ditahan rejim Israel sebentar tadi di Zon Merah 2 iaitu berbaki kira-kira 185 kilometer untuk sampai ke Gaza.

Tiga yang ditahan itu masing-masing melibatkan Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan pembantu perubatan dikenali sebagai Chin yang dipintas sekitar pukul 8.30 malam tadi.

Selain itu, turut dipintas termasuk kapal Zefiro yang dinaiki peserta Malaysia Thanisah pada pukul 7.44 malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Syed Amirul yang menaiki kapal Don Juan masih lagi pada status ‘berlayar’. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |