Geramkan pemandu tiada otak, Leona marah pun comel

18 hours ago 6
BARU beberapa bulan memandu kereta sendiri, Leona sudah pandai membebel isu segelintir pengguna jalan raya yang disifatkan tiada otak ketika memandu.
  • Oleh HIBGLAM
  • 10 Januari 2026, 10:30 am

SEJAK memiliki kereta sendiri, Kasih Iris Leona atau Leona sering berkongsi pengalamannya sebagai pemandu dalam media sosial. Ada yang lucu dan sebaliknya.

Antara yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila dia meluahkan rasa geram menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok apabila perlu berdepan dengan sikap kurang sabar pemandu lain.

“Sebenarnya, memandu itu bukannya sukar tetapi yang susah adalah memikirkan perangai bodoh pemandu lain.

“Ada sebuah bas bergerak lebih 100 kilometer (km) sejam, macam terbang. Kemudian ada pula yang tak reti sabar dan suka tekan hon sedangkan ada bas di depan saya ketika itu.

“Sejujurnya, memandu boleh belajar dalam seminggu tetapi yang ambil masa lama untuk belajar ialah meramal sikap orang lain di atas jalan raya sebab ada yang memandu tak guna otak,” ujarnya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |