FASTQ raikan pelajar cemerlang SPM 2025

2 hours ago 4

Shah Alam – Para pelajar FASTQ yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah diraikan dalam satu Majlis Kecemerlangan Pelajar FASTQ 2026 baru-baru ini.

Majlis penuh gemilang itu menghimpunkan pelajar dari seluruh negara yang telah menunjukkan prestasi membanggakan selepas mengamalkan produk makanan tambahan FASTQ, sekali gus menjadi bukti keberkesanannya dalam menambah baik daya fokus dan pembelajaran pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif FASTQ SDN BHD, Zam Khairunnaim Muhammad Zamri atau lebih dikenali sebagai Cikgu Naim berkata, cabaran utama pelajar masa kini bukan sekadar menghafal pelajaran, tetapi kemampuan mengekalkan fokus serta kestabilan emosi ketika belajar.

Beliau menjelaskan, ramai pelajar sebenarnya rajin dan bersungguh-sungguh dalam ­pelajaran, namun mudah hilang fokus, sukar memahami pembelajaran dan gagal mengingati apa yang dipelajari apabila berdepan jadual pembelajaran yang padat tanpa sokongan nutrisi yang sesuai.

“Ramai pelajar merasakan belajar itu hanya tentang hafalan. Hakikatnya sebelum hafalan berlaku ada dua perkara paling pen­ting iaitu fokus dan emosi yang stabil,” katanya dalam sidang media di sini.

Zam Khairunnaim menerangkan, faktor pemakanan turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar.

Justeru, produk makanan tambahan FASTQ itu dibangunkan dengan gabungan lapan bahan termasuk susu kambing, pegaga, madu dan koko yang diproses dalam bentuk coklat (chewable) yang sedap bagi memudahkan pengambilan secara konsisten.

“Bila pelajar ambil FASTQ mereka rasa macam makan coklat premium. Mereka tidak rasa seperti sedang mengambil suplemen,” ujarnya.

FASTQ yang telah berada di pasaran selama sembilan tahun memaklumkan lebih 300,000 pelajar telah menggunakan produk tersebut.

Beliau berharap, lebih ramai pelajar dan ibu bapa memberi perhatian terhadap kepentingan sokongan nutrisi minda dalam membantu proses pembelajaran.

“Matlamat jangka panjang FASTQ adalah untuk menjadi pilihan utama makanan tambahan minda yang dapat membantu pelajar menghadapi cabaran pembelajaran masa kini,” jelasbeliau.

Tambah Zam, FASTQ turut merancang untuk memperluaskan penganjuran majlis ini pada masa akan datang bagi menghimpunkan lebih ramai pelajar cemerlang dari seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |