Empat pegawai, seorang anggota polis direman kes rasuah

4 days ago 11

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima pegawai dan anggota termasuk seorang pesara polis selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan perlindungan kegiatan perniagaan haram negeri ini.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 Januari 2026 terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, pagi tadi.

Menurut sumber, enam yang direman terdiri daripada empat Asisten Superintendan, Sarjan dan pesara berpangkat Sarjan.

Katanya, kesemua mereka berusia antara 40-an hingga 60-an disyaki meminta dan menerima rasuah secara keseluruhannya bernilai sekitar RM150,000 pada 2016 hingga 2021.

”Wang rasuah itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat yang melakukan kesalahan undang-undang seperti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, mereka ditahan dalam satu operasi susulan yang dijalankan antara pukul 11 pagi hingga 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

”Kesemua mereka disyaki meminta dan menerima rasuah antara tahun 2016 hingga 2021 dengan bayaran bulanan antara RM500 hingga RM2,000.

”Rasuah berkenaan dipercayai dipindahkan melalui beberapa transaksi dalam talian ke akaun pihak ketiga, dipercayai bagi menyembunyikan aliran wang tersebut,” katanya di sini hari ini. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Dua suspek berpangkat Asistan Superintenden masing-masing diwakili peguam, K.Mahendran dan A.Mahesh, manakala suspek yang lain diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini seramai tujuh orang selepas semalam seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM27,000.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |