Daelife mahu terus berinovasi hasilkan produk suplemen berkualiti

3 hours ago 2

PETALING JAYA – Daelife Green Plus (Daelife), sebuah platform e-dagang penjagaan kesihatan di negara ini, akan terus berinovasi untuk menghasilkan produk makanan tambahan berkualiti bagi memenuhi pertambahan permintaan di pasaran semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danson KC berkata, syarikat memberi tumpuan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun bagi menghasilkan produk yang dapat membantu meningkatkan gaya hidup para pelanggannya.

“Kami yakin untuk melancarkan produk demi membantu lebih ramai orang,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Danson menjelaskan, Dealife menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya untuk
memastikan produk yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap kesihatan orang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Bersandarkan kesungguhan syarikat, produk makanan tambahan keluarannya memenangi pelbagai anugerah termasuk Asia Honesty Enterprise Award, Asia’s Top 100 Honesty
Brand Awards, Asia Honesty Product Award dan Asia Honesty Entrepreneur
Award.

Terbaharu adalah Daelife  diiktiraf secara rasmi oleh The Asia Records kerana
mencapai jumlah jualan produk makanan tambahan tertinggi bagi tahun 2025.

Syarikat adalah pakar supplemen yang direka untuk menyokong kesihatan dan kecergasan terutama pada waktu malam bertujuan meningkatkan kualiti rehat dan pemulihan badan.

Danson KC berkata, penghargaan ini menonjolkan komitmen jenama tersebut dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui suplemen yang dirumus secara saintifik.

“Kejayaan Daelife mencerminkan dedikasi mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna dalam industri kesejahteraan.

“Kami berbangga dapat mencatatkan rekod ini dan berterima kasih kepada
pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap produk kami.

“Pencapaian ini memberi motivasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam
bidang suplemen Kesihatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |