SEBAHAGIAN mesin bitcoin yang dirampas dalam serbuan di tiga premis di Teluk Intan sejak semalam.
- Oleh ASLIZA MUSA
- 10 Januari 2026, 4:15 pm
TELUK INTAN – Polis merampas 41 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di tiga premis di sekitar daerah ini sejak semalam hingga awal pagi hari ini.
Serbuan tersebut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kawasan Utara.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, serbuan tersebut dijalankan hasil risikan dan maklumat kegiatan melombong bitcoin secara haram di daerah Hilir Perak.
“Hasil serbuan yang pertama dijalankan semalam berjaya merampas 24 mesin bitcoin manakala dua serbuan pada awal pagi ini masing-masing menemukan sembilan dan lapan unit bitcoin bagi tujuan sama.
“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dengan kegiatan itu,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

16 hours ago
5



















![[VIDEO] Harimau masuk kampung waktu malam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-10-at-15.19.56.jpeg)





























