‘Bukan tentang cincin semata, saya fikir beratus langkah ke depan’

11 hours ago 3

PETALING JAYA – Ketika beberapa selebriti wanita meluahkan mengimpikan untuk memiliki pasangan bersifat ‘provider’, pelakon Datin Intan Najuwa sudah bergerak lebih pantas apabila mengakui pernah berbincang mengenai hal tersebut dengan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sebelum berkahwin.

Menurut Intan, 27, perbincangan dengan suami mengenai perkara tersebut menyentuh bagaimana mereka akan mengendalikan kehidupan bersama pada masa depan.

“Sejak kebelakangan ini, banyak topik tentang suami ‘provider’ (menyediakan keperluan kepada pasangan). Sebelum kahwin, saya bincang mengenai hal itu dengan suami mengenai cara uruskan kehidupan bersama.

“Kami bincang tentang masa depan, cara keibubapaan dan bagaimana untuk membesarkan anak-anak,” katanya dalam platform Threads.

Tambah Intan, dia berasakan perkara tersebut adalah penting bagi memastikan perfahaman dapat dicipta sekali gus mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni.

“Ya, saya selalu berfikir beratus langkah ke depan. Perkahwinan bukan mengenai cincin (ikatan) sahaja tetapi bagaimana membinanya bersama pasangan dan hadir dengan persefahaman yang sama.

“Sokong empayarnya tetapi dalam masa sama jangan lupa bina dan miliki kalian (golongan isteri) punya juga.

“Jangan sesekali hilang diri sendiri,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun tidak memetik nama mana-mana selebriti atau individu yang mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, pelakon Shiqin Kamal mengimpikan untuk memiliki seorang suami bersifat ‘provider’ bagi memiliki kestabilan dalam hidup selain berpeluang meneruskan hobinya ketika ini iaitu sukan berkuda.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |