PETALING JAYA – Dikecam bersikap ‘syok sendiri’ ketika mengendalikan konsert RadjaWali, penyampai radio Shasha Nadira menafikan dakwaan tersebut sekali gus menjelaskan wujud masalah teknikal sepanjang acara berlangsung.
Pada masa sama, Shasha sebenarnya tidak berniat untuk bercakap terlalu lama di pentas, namun terpaksa berbuat demikian bagi menunggu isyarat daripada pihak teknikal sebelum kumpulan membuat persembahan.
“Bukan syok sendiri. Tengah tunggu ‘cue’ (isyarat) untuk band bersedia awak.
“Ada masalah teknikal. Saya pun kalau boleh tak nak cakap lama-lama.
“Saya pun minat Radja dan Wali,” katanya dalam Threads.
TANGKAP layar penjelasan Shasha selaku hos Konsert Pentas RadjaWali.Kenyataan tersebut dibuat selepas seorang netizen yang menyalahkan hos antara punca konsert RadjaWali terpaksa diberhentikan tepat pukul 12.
“Penganjur RadjaWali teruk. Baik kau pilih satu artis saja nak buat konsert.
“Dah la mula lambat dengan hos syok sendiri,” ujar netizen.
Semalam, Konsert RadjaWali Live in Malaysia di Idea Live Arena Damansara bertukar kecoh apabila penganjur terpaksa memberhentikan persembahan Wali Band tepat pukul 12 tengah malam tadi berikutan kekangan masa.
Penonton yang memenuhi gelanggang yang boleh memuatkan kapasiti 5,000 orang itu pada awalnya enggan berganjak namun akhirnya melangkah keluar dengan perasaan marah.
Masing-masing melaungkan ‘boo’ beramai-ramai bagi menggambarkan kekesalan berdepan situasi tersebut.
Hal tersebut kerana mereka sepatutnya mempersembahkan lagi sekitar empat lagu hits termasuk Yank dan Aku Bukan Abang Toyip. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
3


![[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-11-at-5.46.39-PM.jpeg)















![[VIDEO] ‘Tinggi Siti melompat, tenaga memang no 1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/ct.jpeg)






























