Bapa tidak mengaku noda anak kandung

1 week ago 9

TELUK INTAN – Seorang bapa tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun sejak Jun lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa di mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Alor Bakong, Langkap dalam daerah Hilir Perak antara 21 Jun hingga 25 September 2025.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak lebih 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anisah Pisol tidak mencadangkan jaminan berikutan mangsa merupakan anak kandung tertuduh namun sekiranya mahkamah membenarkan lelaki itu untuk diikat jamin, jaminan yang ditawarkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Anisah turut memohon agar penjamin bukan pengadu dalam kes itu selain syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta melapor diri pada setiap bulan di balai polis berhampiran.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Aliff Aiman Rusli memohon nilai jaminan dikurangkan atas alasan lelaki yang mempunyai dua anak itu tidak bekerja dan hidupnya ditanggung oleh adik perempuan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan manakala tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Disember depan.

Menerusi laporan media semalam, seorang lelaki ditahan pada 28 September lalu selepas disyaki merogol anak kandungnya dalam beberapa kejadian di sebuah rumah di Langkap. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |