Banyak produk elektrik, elektronik dijual dalam talian tiada sijil SIRIM

1 week ago 10
Rashidi (dua dari kanan) dan Mohd. Faisal (dua dari kiri) melawat pameran sempena Majlis SIRIM Silaturasa 2025 di SIRIM Pulau Pinang, semalam. DANIAL SAAD/KOSMO!
  • Oleh KOSMO!
  • 10 Oktober 2025, 11:58 am

SEBERANG PERAI – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM) memandang serius trend penjualan produk elektrik dan elektronik secara dalam talian susulan sebahagiannya tidak melalui proses pengujian dan pensijilan.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Mohd. Faisal Abdul Shukor berkata, produk perkakasan tersebut terutama dari luar negara kini semakin banyak dikesan dijual di pasaran tempatan.

“Ketika ini ramai pengguna yang membeli secara dalam talian dan banyak produk (pembelian dalam talian) tidak melalui pengujian fizikal.

“Di sinilah peranan SIRIM yang sentiasa mengingatkan pengguna agar membeli produk memiliki label tersebut memberi jaminan kepada pengguna bahawa ia selamat untuk digunakan. ” katanya di majlis SIRIM Silaturasa 2025 sempena ulang tahun ke-50 SIRIM Berhad di SIRIM Pulau Pinang, semalam.

Mohd Faisal berkata, walaupun terdapat produk luar negara yang telah diuji mengikut piawaian asal negara pengeluar, tetapi ia tetap perlu melalui proses pengujian dan pensijilan tempatan sebelum dipasarkan di Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |