PETALING JAYA – Enggan lagi berdiam diri, anak sulung pelakon Betty Banafe iaitu Julia mendakwa dia dengan adiknya menjadi mangsa penderaan emosi menerusi rutin ‘brainwash’ yang dilakukan bapa kandung mereka sejak kecil.
Julia atau nama lengkapnya nama Julia Claire Dargus, 13, berkata, dia perlu mendedahkan perkara sebenar bagi membersihkan tanggapan buruk terhadap ibunya susulan video tular, baru-baru ini.
“Sebenarnya, saya, ayah, dan adik lelaki saya ada satu ‘sesi’ di mana ayah paksa kami naik ke pejabat dia dan cakap buruk pasal mak saya tanpa henti.
“Boleh kata dia cuba ‘brainwash’ saya dan adik supaya benci mak kami sendiri.
“Saya telah pergi ke sesi terapi disebabkan perkara ini dan saya sedang cuba untuk pulih,” katanya menerusi perkongsian video TikTok.
Berharap kebenaran terserlah, Julia merayu orang ramai menyebarkan videonya sebagai sokongan kepada ibunya yang berjuang selama lapan tahun di mahkamah demi mendapatkan hak penjagaan anak-anak.
Katanya, perkara yang didedahkan hanya sedikit daripada keseluruhan hal negatif yang dialaminya serta ibu dan adiknya, Bruce Dean Dargus, 10.
“Saya minta tolong kalian semua kongsi video ini supaya mak saya dapat keadilan, selepas lapan tahun dia berjuang untuk saya dan adik di mahkamah.
“Apa yang saya beritahu kalian ini baru sikit sangat kalau nak banding dengan apa yang dia dah buat. Saya betul-betul mahukan keharmonian dan keadilan,” ujarnya.
Sebelum ini sebuah video yang menunjukkan bekas suami Betty bersama ibu bapa serta peguamnya muncul di rumah pelakon itu bagi membincangkan hal berkaitan anak mereka.
Terdahulu, Betty pernah mendedahkan mengenai emosinya yang penat berdepan kes mahkamah dengan bekas suaminya walaupun mereka sudah lama bercerai.
Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019. – KOSMO! ONLINE
@juliabanafeeExhausted! Mommy .. i pray for your strength and an abundance of rezeki. May Allah grant us a better life filled with harmony . Amin #fyp #justice @bettybanafee

17 hours ago
7











![[VIDEO] Ustazah direman bantu siasat kes pelajar maut dirempuh depan surau sekolah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/c9ea13f3-9d74-4dd1-a2c6-a6e7a4b7cc69.jpeg)
![[VIDEO] Keranda tepi jalan peringatan buat mat rempit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-9.52.30-AM.jpeg)


































