Apa jadi dengan KL pagi ini?

12 hours ago 6

KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang semakin memburuk apabila orang ramai meluahkan rasa kecewa selepas terperangkap berjam-jam di beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya Persekutuan hari ini

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna jalan raya mengeluh apabila perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa 30 minit boleh mencecah lebih satu jam pagi ini sehingga menyebabkan ada terlepas waktu ‘clock in’ pukul 9 pagi.

Seorang pengguna dikenali sebagai Wahida berkata, dia bertolak dari Shah Alam pada pukul 7.30 pagi menuju ke tempat kerja di Bangsar, namun sehingga kini masih terperangkap dalam kesesakan.

“Jalan (laluan) ke Plaza Tol Subang pun dah dekat sejam sebab kereta banyak, sekarang di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) macam tak bergerak kenderaan yang ada, tengok ‘waze’ (aplikasi) 40 minit lagi baru sampai pejabat,” katanya dalam satu hantaran di WhatsApp.

Sementara itu, pengguna Threads, Jobenstewart menyifatkan aliran trafik di Lebih Raya Persekutuan sebagai ‘amat dasyat’ pagi ini.

“Hampir tidak bergerak. Apa yang jadi (berlaku)?,” soalnya.

Bagi pengguna Facebook, Ashikin Azhar, dia memaklumkan sepanjang minggu ini tempoh perjalanannya ke tempat kerja mengambil masa lebih sejam walaupun jarak perjalanan 20 kilometer dari rumah.

“Kawasan KL rasanya setiap minggu bertambah kenderaan. Kata ada yang WFH (bekerja dari rumah), tapi menjadi-jadi sesak. Dari Selasa jem (sesak) melampau sampai hari ini,” luahnya.

Luahan sama turut dikongsikan seorang lagi pengguna, Siti Hajar yang menyifatkan keadaan trafik di sekitar ibu kota kini semakin tidak terkawal.

“Bukan setakat Lebuh Raya Persekutuan, jalan dalam bandar pun jem teruk. Kadang-kadang bergerak beberapa meter pun ambil masa yang lama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |