36 tokoh, syarikat cemerlang dirai di The Knights Award 2024

1 week ago 16

Seramai 36 tokoh serta syarikat cemerlang daripada pelbagai industri diraikan pada Anugerah The Knights 2024 Musim Keempat yang mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka dalam bidang kepakaran masing-masing baru-baru ini.

Majlis berprestij itu berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

The Knights Award (TKA) tahun ini julung kali dianjurkan bersama Commonwealth Youth Innovation Hub (CYIH) yang mewakili 56 negara anggota Komanwel.

Presiden TKA, Dr. Zyro Wong berkata, penganjuran tahun ini menyaksikan penyertaan ramai artis antarabangsa, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian dan kreativiti dunia seni.

“Malaysia menjadi satu-satunya negara yang bekerjasama dengan Commonwealth bagi penganjuran acara ini, sekali gus membuktikan keupayaan dan reputasi negara di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita.

Anugerah dimulakan dengan Kategori The Duke bagi individu perseorangan yang merangkumi saintis negara, Tan Sri Emeritus Profesor Datuk Dr. Augustine S. H. Ong; penyanyi balada Amerika Syarikat, Peabo Bryson; penerbit legenda; Datuk Dr. Yusof Haslam serta pengembara global yang menginspirasi, Yusuf Hashim.

Bagi sektor korporat, Kategori The Duke menobatkan Millennium Autobeyond Sdn. Bhd. (Peniaga Paling Cemerlang Tahun Ini); Astro Awani (Suara Kepercayaan Negara); JDX Tea, (Jenama Teh Cina Paling Dipercayai Sepanjang Zaman); Slim Doc (Pusat Pelangsingan Paling Dinamik Tahun Ini) dan Restoran Village Park (Restoran Warisan Negara Tahun Ini).

Sementara itu, Kategori The Earl diberikan sebagai pengiktirafan berprestij kepada individu yang menunjukkan sumbangan luar biasa dalam bidang masing-masing. Hasil kerja penerima anugerah kategori ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan kelestarian.

Pemenang individu bagi Kategori The Earl ialah Jenn Beaupre (Rozette) sebagai Jurulatih Vokal Sensasi Tahun Ini (Kanada); Gabriel Henrique, Penyanyi Cemerlang Tahun Ini (Brazil); Medhat Mamdouh, Beatboxer Cemerlang Tahun Ini (Mesir); Datuk Amy Search, Ikon Rock Legenda Sepanjang Zaman (Malaysia); Wayne Lai, Raja Serba Boleh Pentas dan Layar (Hong Kong); Lawrence Cheng Tan Shui, Hos Ikonik Sepanjang Zaman (Hong Kong); Jack Neo, Penerbit Ikonik Sepanjang Zaman (Singapura); Vic Teo, Artis Baharu Paling Menyerlah Tahun Ini (Hong Kong); Foong Wai Leon, Pelakon Paling Diraikan Sepanjang Zaman (Malaysia); Datin Sri Aishah Chong, Usahawan Wanita Dedikasi Tahun Ini (Malaysia) serta Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, Ikon Sukan Terunggul Tahun Ini.

Pemenang-pemenang lain antaranya A Cut Above, Ikon Abadi Dunia Kecantikan dan Dandanan Rambut (Malaysia);Yusuf Bhai, Jenama Minyak Wangi Paling Diminati Tahun Ini (Dubai) dan Spacedollah, Pencipta Kandungan Edutainment Baharu Tahun Ini.

Read Entire Article
Pertanian | | | |