23 pekerja kilang sesak nafas akibat tumpuhan kimia kini stabil

1 week ago 12
Seramai 23 pekerja kilang yang sesak nafas dan pedih mata ekoran kebocoran bahan kimia berbahaya di Bandar Proton, Tanjung Malim hari ini kini dalam keadaan stabil. - FOTO IHSAN PDRM
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 9 Oktober 2025, 8:29 pm

TANJUNG MALIM – Seramai 23 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton di sini yang mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlakunya kebocoran bahan kimia berbahaya jenis isosianat kini berada dalam stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, semua mangsa itu telah terhidu bahan kimia tersebut ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan.

“Kesemua mangsa yang berumur antara 19 hingga 45 tahun kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah berada di lokasi kejadian dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar bahan kimia,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, situasi kini berada dalam keadaan terkawal dan tiada ancaman lanjut terhadap keselamatan awam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |