[VIDEO] Rakaman Ayuni tiup lilin 2 jam sebelum naik bas balik UPSI undang sebak

22 hours ago 8

PETALING JAYA – “Hanya air mata yang keluar. Ni sebelum naik bas malam kejadian.”

Itu antara perkongsian abang kepada Allahyarham Nor Ayuni, 21, salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, baru-baru ini.

Lelaki itu berkata, momen pada malam sebelum kejadian itu adalah kenangan yang tidak akan dilupakan dirinya.

“Ni kenangan aku tak akan lupakan dik. Abang buat kejutan hari jadi, mu (kamu) buat aku ‘kejutan’ tak terkata,” katanya yang menggunakan profil @faezbesut di media sosial.

Menerusi hantaran video berdurasi 15 saat itu, jelas memaparkan Nor Ayuni tersenyum gembira ketika menerima kejutan kek hari lahir sehingga meruntun hati orang ramai.

Malah, kecantikan yang dimiliki Nor Ayuni turut menjadi sorotan netizen yang tidak putus-putus memuji anugerah dimiliki Allahyarham itu.

“Aku yang tak ada hubungan darah dengan dia orang ni pun menangis tengok,” ujar @maslia.

“Cantiknya arwah, nampk betul muka tu bersih dan tenang ja. Tu la ahli syurga, insya-Allah,” komen @m.s_ anne58.

“Cantik sangat arwah Ayuni ni, al-Fatihah,” ucap pengguna yang lain.

Terdahulu media melaporkan, bapanya, Maslan Abdul Rahman, 58, berkata, sambutan hari ulang tahun ke-21, yang diadakan dua jam sebelum menaiki bas di depan Masjid Hadhari, Jertih adalah majlis terakhir buat Nor Ayuni. – KOSMO! ONLINE

@faezbesut ny kenangan aq xakn lupew dik..abg buat kejutan hri jadi..mg buat aq kejutan x terkata..hanya air mata yg kluar..ny sebelum naik bas mlm nk kejadian..😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭..sempat sambut hari jadi dgn mg dik.. #fyppppppppppppppppppppppp #masokberandafyp ♬ Kenangannya Masih Disini – Syahriyadi
Read Entire Article
Pertanian | | | |