[VIDEO] ‘Nasib tak kena lempang dengan bomba’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Niat seorang wanita merakam video kucing miliknya seketika bertukar menjadi detik cemas apabila haiwan peliharaan itu secara tidak sengaja terkunci pintu kereta dari dalam.

Akibat daripada insiden berkenaan, wanita itu terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba yang kemudiannya datang bersama jentera dan pasukan sehingga meraih perhatian orang awam.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan @lalylossa memaklumkan kejadian itu berlaku pada waktu petang.

“Al kisah petang si Tabby buat hal lah. Kitanya tinggal kejap dia dalam kereta sebab nak rakam video, kunci pulak memang tinggal dalam kereta, tak jangka pula dia boleh terpijak butang kunci tu.

“Memang tak ada pilihan, panggil bomba ja la. Terima kasih abang bomba tolong. Tak tahu nak gelak ke nak marah si Tabby ni,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata ‘geram’ dengan kucing berkenaan.

“Nasib tak kena lempang dengan bomba,” komen @Budubeng:n.

“Orang lain anak tertinggal dalam kereta, akak lain..kucing pula,” ujar @Hanyman shop.

“Nasib tempat awam ja, kalau tak dia pandu bawa lari kereta dah,” seloroh @Syira. – KOSMO! ONLINE

@_lalylossa_ alkisah petang si tabby buat hal lah , kitanya tinggal kejap dia dalam kereta sebab nak record video , kunci pulak memang tinggal dalam kereta, tak expect pulak dia boleh terpijak button lock tu , HAHAHA memang tkde option panggil bomba je la, terima kasih abang bomba tolong huwaa HAHAAH 😭😭 tak tau nak gelak ke nak marah si tabby ni😌🥹 #fyp #greynitegrey #axiagranitegrey #AxiaGangAG ♬ Jelly Fish Jam – Da Fokin
Read Entire Article
Pertanian | | | |