KLUANG – Aksi sepasukan pasukan peronda polis mengejar sebuah kereta berwarna kuning di Kampung Melayu dan Bandar Kluang tular di media sosial hari ini.
Pemandu kereta dipercayai jenis Honda Accord itu akhirnya berjaya ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di satu lampu isyarat di tengah-tengah bandar.
Bagaimana pun, usaha mendapatkan maklumat kejadian daripada pihak polis masih belum diperolehi.
Sebelum itu, beberapa video berkenaan kejadian yang dirakam orang ramai tular di laman sesawang Facebook. – KOSMO! ONLINE