Remaja 13 tahun terselamat, apartmen terbakar 80 peratus

3 hours ago 1
Seorang remaja lelaki diselamatkan petugas bomba dalam kebakaran di Pangsapuri Sri Pulai, pagi ini. Foto IHSAN BOMBA
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 20 Januari 2026, 8:50 am

PUCHONG – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terselamat selepas sebuah unit apartmen di tingkat tiga Pangsapuri Sri Pulai, di sini, terbakar pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.59 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dan BBP Cyberjaya tiba di tempat kejadian pada pukul 7.09 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit apartmen di tingkat tiga dengan tahap kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus.

“Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dari dalam biliknya oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |