PETALING JAYA -– Keberanian dan semangat yang kental menjadi faktor pendorong untuk seseorang usahawan wanita itu berjaya dalam bidang yang diceburi.
Lebih sadis lagi jika wanita itu memiliki kelemahan daripada aspek kekurangan dirinya yang membuatkan keberanian untuk berjumpa masyarakat atau bersiaran di media sosial mengekang langkah yang perlu diaturnya.
Namun semangat untuk mengubah diri dan hala tuju masa depan, usahawan Nur Syahidah Aimullah Abdul Rahim telah memberanikan diri menyertai sebuah program anjuran Maggi iaitu Wanita Cukup Berani (WCB) pada tahun 2022 yang mengubah dirinya 100 peratus daripada yang dahulu.
Sebelum ini, wanita yang memiliki Blepharophimosis, Ptosis and Epicanthus Inversus Syndrome (BPES) iaitu tidak mempunyai kelopak mata membuatkan beliau kurang yakin untuk bertemu dengan pelanggan dan malu untuk menonjolkan diri di hadapan masyarakat.
Beliau hanya sekadar berkongsi gambar dan video termasuklah ketika mula-mula menyertai acara tersebut.
Disebabkan kelemahan tersebut, Nur Syahidah hanya mengusahakan perniagaan bakeri dalam skala kecil dengan proses perkembangan perniagaan sangat terhad dan mencabar.
Nur Syahidah bersemangat kental untuk mengubah kehidupannya yang lalu dengan mengharungi cabaran kehidupan selain menyertai pertandingan Maggi WCB di Kuala Lumpur baru-baru ini.“Purata jualan bulanan ketika itu adalah sekitar RM400 dan hasil yang diperoleh itu hanya untuk menampung keperluan harian berbanding membina perniagaan yang berdaya tahan.
“Saya juga kurang mendapat pendedahan kepada pengetahuan perniagaan yang menyeluruh serta bimbingan daripada mentor yang berpengalaman.
“Dalam masa yang sama, saya juga perlu memikul tanggungjawab keluarga yang besar kerana saya menjaga dua anak saudara selain membantu menampung keperluan keluarga mertua.
“Apatah lagi saya sendiri sentiasa berdepan dengan cabaran kewangan dan peribadi sendiri,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mencari pilihan untuk keluar daripada kemelut isu tersebut, hatinya nekad untuk menyertai Program Maggi WCB kerana beliau percaya ini adalah peluang terbaik untuk diri beliau belajar perkara sesuatu yang baharu.
Malah ia lebih berfaedah dalam dunia perniagaan malah boleh mematangkan dirinya melalui perjalanan hidup yang sentiasa mencabar.
“Saya melihat program Maggi WCB banyak membantu wanita seperti saya telah melalui situasi sukar sebelum ini.
“Program ini telah memberi sokongan yang baik kepada saya dan peserta lain untuk bangkit semula.
“Saya menyertai program ini kerana mahu mengubah keadaan hidup semasa bukan sahaja daripada sudut perniagaan, tetapi juga kehidupan secara keseluruhan.
“Saya perlukan ilmu sebenar tentang penetapan harga, pengurusan kos dan cara memasarkan perniagaan dengan lebih berkesan,” jelasnya.
Tambah Nur Syahidah, acara ini juga telah memberi peluang kepadanya untuk belajar banyak perkara daripada mentor berpengalaman seperti Anne Idris yang berpengalaman dalam menghadapi realiti kehidupan usahawan wanita.
Memahami bahawa Maggi WCB adalah satu platform yang selamat dan tersusun, ia membuatkan beliau memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan daripada pihak penganjur.
Nur Syahidah tidak kekok lagi berdiri di depan kamera untuk mempromosikan barangan yang dijual syarikat.Berkat daripada usahanya itu, beliau telah berjaya menjadi juara Maggi WCB untuk musim kedua pada tahun 2022.
“Itu adalah detik terindah yang pernah saya kecapi setelah sekian lama hidup dalam kesusahan,” ujarnya.
Menurut Nur Syahidah, Maggi WCB telah membantu beliau memahami perniagaan sedia adanya dengan lebih jelas, mempelajari kemahiran praktikal seperti penetapan harga yang betul, kawalan kos dan kualiti produk, penjenamaan produk dan strategi pemasaran.
“Satu ilmu yang bermanfaat yang saya dapat juga daripada aktiviti ini adalah saya diberi dorongan untuk menyediakan bahan segar dengan cara sendiri dan melalui langkah tersebut, saya dapat mengawal kualiti produk makanan sekali gus membantu saya mengawal kos bahan dengan lebih efektif.
“Saya juga mendapat bimbingan langsung daripada mentor, yang mendorong kami untuk terus mengaplikasikan apa yang dipelajari, bukannya sekadar mendengar tetapi memberi impak yang besar kepada perniagaan,” jelasnya.
Nur Syahidah berkata, salah satu perubahan peribadi yang paling besar buat dirinya adalah keyakinan bercakap dan bertemu dengan pelanggan.
Jelasnya, aspek berkomunikasi dan berada di hadapan orang ramai berjaya dikuasai dengan baik malah beliau mampu memberi penjelasan dan bercakap dengan yakin di hadapan kamera untuk mempromosikan tentang produk serta perniagaan.
“Keyakinan itu memberi hasil yang nyata, dengan jualan bulanan meningkat kepada RM15,000 berbanding sekitar RM400 sahaja,” terangnya.
Mengulas lanjut mengenai komuniti Maggi WCB, ia telah banyak membantu menyokong dirinya untuk meningkatkan keyakinan dan ia juga menyediakan ruang yang bersesuaian kepada peserta termasuk dirinya untuk bercakap secara jujur dan saling menyokong tanpa prejudis.
“Walaupun sesi rasmi telah tamat tetapi sehingga kini, hubungan kami berterusan melalui perkongsian nasihat dan sokongan antara satu sama lain.
“Semangat kebersamaan ini adalah sesuatu yang saya harap lebih ramai wanita dapat rasai melalui
Program Maggi WCB Musim 4 kerana sokongan emosi sama pentingnya dengan ilmu perniagaan,” jelasnya.
Nur Syahidah menerangkan, program Maggi WCB yang kini masuk keempat sangat relevan untuk lebih ramai wanita menceburinya dan beliau berharap gunakanlah platform tersebut untuk mengubah diri serta perniagaan.
Jelasnya, ramai wanita kini menghadapi cabaran yang lebih kompleks seperti kos yang meningkat, persaingan yang sengit dengan keperluan untuk tampil dan membina kehadiran dalam talian.
“Modul praktikal Musim 4, dibimbing oleh mentor berpengalaman, membantu wanita membina bukan sahaja kemahiran perniagaan, tetapi juga keyakinan, komunikas, dan kepercayaan pada diri sendiri, termasuk cara mereka menampilkan diri sebagai usahawan.
“Seperti perjalanan saya sendiri, saya berharap Musim 4 ini lebih ramai wanita yang mahu berjaya dalam kehidupan masing-masing terus menyertai syarikat tersebut.
Maggi menawarkan wanita dengan alat, panduan dan sistem sokongan yang diperlukan untuk melangkah ke hadapan dengan cukup berani sertaberkembang, baik dari segi peribadi mahupun profesional,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2

















































