Penamaan calon PRN Sabah pada 15 November

7 hours ago 3
Gambar hiasan.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 16 Oktober 2025, 12:34 pm

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah pada 15 November depan.

Ia disusuli pengundian awal 25 November dan 29 November hari mengundi biasa.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang akhbar sebentar tadi memaklumkan writ pilihan raya pula dikeluarkan hari ini.

Pengumuman tarikh-tarikh penting PRN17 Sabah itu dibuat sejurus mesyuarat khas SPR yang bermula pukul 10 pagi tadi berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 6 Oktober lalu.

Terdapat 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen pada PRN17 Sabah kali ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |