Israel kembali serang Gaza jika saya beri kebenaran – Trump

5 hours ago 3

WASHINGTON – Presiden  Donald Trump menyatakan semalam bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyambung semula pencerobohan di Gaza sekiranya Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata, lapor saluran berita CNN.

Menurut Trump, tentera Israel boleh kembali ke jalanan di Gaza sebaik sahaja beliau memberi kebenaran.

“Apa yang berlaku dengan Hamas, itu akan diselesaikan dengan cepat,” katanya dalam panggilan telefon ringkas.

Komen Trump dikeluarkan ketika Israel menuduh Hamas tidak mematuhi perjanjian untuk menyerahkan semua tebusan, sama ada masih hidup atau sudah mati sebagai syarat untuk menamatkan perang Gaza. 

Ia berikutan bilangan mayat tebusan yang sedikit diserahkan oleh Hamas.

Butiran nombor empat pelan damai 20 perkara Trump menyatakan: “Dalam masa 72 jam Israel menerima perjanjian ini secara terbuka, semua tebusan hidup dan mati akan dikembalikan.”

Setakat pagi semalam (waktu tempatan), kesemua 20 tebusan Israel yang masih hidup telah dikembalikan, selain Hamas turut menyerahkan mayat lapan orang termasuk empat malam tadi.

Namun tentera Rejim Zionis berkata, salah satu daripada mayat itu bukan tebusan Israel. 

Dua penasihat kanan AS berkata, Washington tidak percaya Hamas melanggar komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata dengan gagal menyerahkan mayat bekas tebusan. 

Mereka berkata, AS telah menerima jaminan daripada kumpulan itu melalui pengantara pihak ketiga bahawa mereka akan melakukan segala yang mungkin untuk mencari dan mengembalikan mayat yang masih ada.

Washington juga secara aktif bekerja melalui pengantara untuk menyediakan sokongan risikan dan logistik bagi mencari mayat yang masih ada, kebanyakannya tertimbus di bawah runtuhan dan serpihan. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |