Cikgu ‘terlampau’ usik tiga pelajar direman

3 hours ago 2
  • Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
  • 22 April 2025, 6:25 pm
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang cikgu lelaki sebuah sekolah di bandar raya ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajar sekolah terbabit.

Suspek berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, perbuatan cikgu lelaki tersebut dilakukan terhadap tiga pelajar sekolah berkenaan sekitar tahun 2023 dan kesemua mangsa tampil membuat laporan polis terhadap perbuatan suspek minggu ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan laporan yang dibuat oleh mangsa terlibat dan suspek dibawa ke Mahkamah Rendah Johor Bahru bagi mendapatkan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |