‘Biar saya mati keras sendiri, Adira dengan lelaki berkemampuan itu’

3 hours ago 2

PETALING JAYA – Seakan-akan meluahkan perasaan yang terbuku di hati, bekas suami Adira Suhaimi, Datuk Red mendedahkan seorang lelaki menunggu masa mahu mendekati penyanyi itu.

Kata Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, dia reda andai wanita yang pernah menjadi pendamping hidupnya itu bertemu jodoh dengan orang kaya.

“Saya dapat laporan ada seorang individu yang betul-betul minat pada Adira. Dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk ‘masuk jarum’

“Tidak mengapalah, kalau tiada jodoh dengan saya. Lelaki itu berkemampuan, saya tidak.

“Saya tak boleh tahan, Adira itu manusia. Kalau ada jodoh, ada lah,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Begitupun, Red menegaskan tetap mengutamakan anak-anak andai dia dan bekas isteri tidak dapat kembali bersama.

“Kalau saya atau Adira berkahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada kami,” ujarnya.

Enggan membiarkan emosi menguasai diri, lelaki berusia 47 tahun itu menegaskan akan terus berusaha mengukuhkan ekonomi, sekali gus menstabilkan kehidupannya.

Baginya, sebagai ketua keluarga dia enggan menyusahkan sesiapa terutama insan tersayang selain sanggup bersendirian jika belum berjaya.

“Selagi tiada itu (ekonomi kukuh) tidak mengapa, saya duduk (seorang) sampai akhir hayat saya pun tak kisah.

“Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan isteri saya dan anak-anak saya,” katanya.

Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

Begitupun, Adira memberi bayangan sedia menerima kembali bekas suaminya itu yang bersyukur diberi peluang kedua.

Mengikut perkhabaran awal, mereka akan disatukan semula selepas Syawal tahun ini tetapi belum ada sebarang pengesahan sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |