Proses bedah siasat bermula, rungkai ‘misteri’ kematian Zara Qairina

1 month ago 16
Proses bedah siasat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir telah bermula sekitar pukul 9 pagi tadi di unit forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE). -Foto IVAN AMIRUL / KOSMO!
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 10 Ogos 2025, 11:54 am

KOTA KINABALU – Proses bedah siasat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir telah bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Turut hadir ibu Zara, Noraidah Lamat yang tiba sekitar pukul 8.30 pagi.

Peguam Hamid Ismail berkata, proses berkenaan akan diketuai oleh pakar patologi Dr Jessie Hiu.

Terdahulu, jenazah pelajar berusia 13 tahun itu tiba di hospital pada pukul 10.30 malam tadi selepas digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang pada pukul 7.31 malam.

Jenazah Zara dibawa ke Jabatan Radiologi untuk imbasan CT sebelum disimpan di Jabatan Perubatan Forensik.

Penggalian semula kubur arwah Zara dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa melalui prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di IPD Papar tengah hari semalam.

Jenazah Allahyarham Zara sebelum ini dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar, sehari sebelum itu.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |