SEOLAH-olah meluncur di atas ais, demikian gambaran jelas kesukaran yang dihadapi pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli yang bergelut menampilkan aksi terbaik sewaktu perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis berlangsung dalam keadaan litar basah, kelmarin.
Keadaan litar yang amat licin di Le Mans itu ternyata meranapkan rentak agresif pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI tersebut, sekali gus menyaksikannya sekadar akur menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.
Saingan yang penuh dramatik itu turut menyaksikan lapan pelumba lain turut ‘tumbang’ akibat terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan 13 pusingan tersebutl.
Segala perancangan anak jati Terengganu itu berubah sekelip mata sebaik hujan membasahi litar sebelum perlumbaan bermula, memaksanya membuat pertaruhan berisiko terhadap pelarasan jentera tanpa sebarang data sandaran dalam situasi basah.
Ketiadaan data tersebut menjadi tamparan hebat buat Hakim Danish apabila beliau bergelut mencari keyakinan terhadap jenteranya, sekali gus mengubah strategi daripada memburu kelompok hadapan kepada misi bertahan sehingga ke garisan penamat.
“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan perlumbaan di Le Mans di kedudukan ke-10 terbaik. Dalam perlumbaan hari ini yang berlangsung dalam keadaan hujan, saya melakukan permulaan yang baik dan cuba berada dalam kelompok hadapan.
“Namun, ia agak sukar kerana saya rasa kurang yakin ketika bersaing dalam keadaan litar basah, mungkin setup jentera pada hari ini juga tidak begitu sesuai dengan keadaan perlumbaan, jadi saya agak sukar untuk mendapatkan keyakinan penuh ketika menunggang.
“Saya cuba mengekalkan rentak dan kedudukan kerana jika terlalu memaksa, kemungkinan untuk terjatuh pada perlumbaan ini memang tinggi. Secara keseluruhan, saya sebenarnya sangat yakin sepanjang hujung minggu ini ketika keadaan litar kering setup jentera sangat baik.
“Tetapi untuk perlumbaan hari ini, kami tidak mempunyai sebarang sesi latihan mahu data dalam keadaan hujan dan terus berlumba dalam situasi tersebut. Apa pun, saya ambil semua perkara positif daripada hujung minggu ini dan akan terus bekerja keras sebagai persediaan menghadapi perlumbaan seterusnya di Catalunya nanti,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan SIC Raing, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan kegagalan mendapatkan ‘feeling’ yang tepat terhadap jentera sebagai penghalang utama buat Hakim Danish, namun memuji tindakan matang pelumbanya yang memilih untuk terus bertahan.
Hakim Danish sebenarnya mempamerkan aksi yang cukup meyakinkan sepanjang hujung minggu dalam keadaan litar kering termasuk menembusi sesi kelayakan kedua (Q2).
Hasil tambahan enam mata tersebut, pelumba berbakat besar negara itu kini menghuni tangga ke-15 carta keseluruhan dunia dengan mengumpul 18 mata.

2 hours ago
2




![[VIDEO] Hati-hati, lubang benam muncul di Wangsa Maju](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-22.43.17.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dua minggu tak guna smartphone, otak jadi 10 tahun lebih muda’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-21.39.01.jpeg)
![[VIDEO] What is ikat tepi, ikat mati? – Mufti Menk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-20.37.53.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dia datang nak betulkan al-Fatihah, sebab tahu saya dari Malaysia’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-18.17.47.jpeg)




![[VIDEO] Anak 14 tahun jadi imam solat jenazah, talkin Allahyarham bapa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-17.32.08-1.jpeg)





![[VIDEO] Kemalangan NKVE: Pemandu Inspira ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-2.02.26-PM.jpeg)



























