Kaseh Carlmila jadi ‘heroin’ skuad remaja Malayan Tigress

1 month ago 18
Pertahanan negara, Tegen Butler cuba untuk menyekat serangan yang dilakukan pasukan Guam. - Foto ihsan FAM
  • Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
  • 10 Ogos 2025, 11:00 pm

KUALA LUMPUR – Skuad wanita bawah 20 (B-20) negara berjaya memulihkan maruah yang tercalar selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Guam pada aksi terakhir Kumpulan F saingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, motivasi skuad negara sedikit merudum selepas tewas kepada Iran selain dimalukan Jepun 0-16 pada dua perlawanan pertama peringkat kumpulan sebelum ini.

Namun, skuad kendalian Cameron Ng itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyekat setiap asakan pemain Guam yang dilihat memiliki kelebihan fizikal berbanding pemain tempatan.

Kaseh (kiri) meraikan gol yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi. – Foto ihsan FAM

Penyerang muda, Kaseh Carlmila muncul wira buat skuad negara selepas meledak dua gol pada minit ke-64 dan ke-86 untuk menghadiahkan pasukan tiga mata penuh.

Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ketiga peringkat kumpulan manakala Jepun berjaya mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Iran 11-0 pada petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |